Rabu, 26 Mac 2014


Tips ini hanya kepada mereka yang inginkan kebahagiaan didunia dan diakhirat:

Trainer GET

1. NIAT & DOA:Anda akan bertindak mengikut apa yang anda niatkan. Pasang niat untuk menjadikan rumah anda sebagai tempat menyemai kasih dan berdoalah supaya niat anda di berkati.

2. SENYUM:Dengan bersenyum kita sudah mampu membahagiakan orang-orang disekeliling kita. Anak-anak pasti akan senang bersama kita. Kasih suami akan semakin bertambah bila melihat isteri tersayang menjalankan kerja rumah dengan senyuman, Dengan Kuasa Senyuman Isteri, Masakan yang tawar pun akan menjadi Manis dan Sedap. Kasih Isteri akan bertambah melihat suami balik kerja dengan senyuman, INGAT tinggalakan beban kerja pejabat anda di luar pintu pagar rumah.

3. UCAP TERIMA KASIH:Didik anak-anak untuk ucap terimakasih selepas menerima bantuan. Sudah pasti pengajaran yang paling berkesan ialah melalui teladan. Oleh itu ibu dan ayah perlu sentiasa mengucapkan terimakasih kepada anak-anak selepas mereka menolong anda.


4. BERJAMAAH: Berjamaah disini bererti lebih dari seorang,Solat Beramai-ramai, Baca Al-Quran beramai-ramai,Makan beramai-ramai,Pergi Shopping beramai-ramai,Pergi Padang Bola beramai-ramai.

5. BERSANGKA BAIK:Duduk serumah pasti bisul dan kudis kita tahu di mana. Oleh itu jangan kerana sedikit kudis di kaki kita tolak kecantikan wajahnya. Bersangka baik dan hargai kekuatan ahli keluarga yang lain. Bantu ahli keluarga yang lemah. Ibu Bapa perlu pastikan anak-anak mendapat sentuhan Iman & Islam didalam keluarga. Pastikan anak-anak mampu membaca Al-Quran dengan baik dan tartil. INGAT, CINTA Bermula apabila mereka Mula BERCINTA dengan ALLAH & RASUL.

~Mana Milik Kita, Tidak Ada Milik Kita~

0 comments:

Catat Ulasan