Isnin, 24 Mac 2014

Jom Singgah Facebook Page kami " Glokal Energizer "


Alhamdulillah Team GET telah tamatkan Kursus NLP & Penulisan Proposal Anjuran TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan Muslim), di Ampang. 


Sekadar untuk perkongsian dari program ini, hari pertama kami berguru dengan Tuan Fadzli Yusof dalam mempelajari serba sedikit berkenaan ilmu Neutro Languange Programming (NLP) dalam mengenal pasti masalah dan cara menyelesaikan masalah pemikiran dan perbuatan manusia..

Di sebelah petang pula, kami berguru dengan Dato Dr Fadzilah Kamsah berkenaan falsafah dan modus operandi Inspirator. Anatara topik yang Haji tekankan ialah berkenaan HATI.. kena sucikan hati dengan niat yang murni, baik, kena sentiasa bersyukur, dan kena sentiasa memberi, supaya kita sentiasa dekat dengan Allah S.W.T

Hari kedua TAMRIN STS merupakan hari yang bermakna, kerana pengisiannya sangat mantap. Alhamdulillah, berkesempatan berguru dengan Tuan Zulkifli, pengasas Linghthouse consulting berkenaan "marketing" consultation program.

Kemudian, kami berguru dengan Tuan Fauzul Naim, pengarah penerbitan PTS, dalam ilmu berkenaan membuat proposal training untuk syarikat2 kerajaan..

Dan akhir sekali, kami berguru dengan Puan Mary Anni, pengarah Training Cube International, dalam ilmu berkenaan membuat proposal training untuk syarikat-syarikat swasta..

Jutaan terima kasih dari pihak GET kepada penganjur dan barisan Exco TAMRIN atas perkongsian ilmu yang begitu mantap. moga ia satu permulaan yang baik, insyaallah..

0 comments:

Catat Ulasan