Khamis, 20 Mac 2014

Kaizan Nazlan (Trainer Get)
Assalammualaikum, 

Moga pada hari ini kita sihat, hebat dan sentiasa berfikiran positif. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi ilmu berkenaan "The Power of Giving" atau dalam bahasa melayunya ialah "Kuasa Memberi".. 

The Power of Giving - Inilah prinsip yang diguna pakai oleh orang-orang yang berjaya.. "the more you give, the more you get". faham kan? tapi persoalannya apa perkara yang perlu diberi setiap pagi

Baik, ada tiga perkara yang kita boleh beri untuk menarik aura positif datang dalam hidup kita pada setiap pagi..

1) SENYUM - perkara pertama yang perlu kita beri ialah "Senyuman". Bangunlah setiap bagi, dan senyum pada diri anda dulu di cermin..kemudian barulah fikir untuk beri senyuman pada orang lain..

2) FACEBOOK - Selain itu, anda boleh beri aura positif di Facebook. Contohnya dengan menulis perkara-perkara positif di status anda. Bayangkan berapa orang boleh terbaca dan boleh ubah hidup mereka dengan apa yang anda tulis?..

3) SEDEKAH - Selain dari itu juga, bersedekahlah walaupun ianya hanyalah RM1 setiap hari. Biar kecil asalkan istiqomah dan ikhlas. "The more you give..the more you get.."

Jadi, mulalah memberi manfaat pada orang lain. Berilah sesuatu pada pagi ini, tanpa memikirkan apa orang nak beri pada kita.. moga anda berjaya dunia akhirat..

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

0 comments:

Catat Ulasan