Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dalam satu ceramah agama beliau di Surau al – Muhsinin KLCC Petronas, beliau menyatakan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai tiga ciri utama dalam kepimpinan yang dibawa.
Ciri-ciri tersebut adalah:
1) seorang pemimpin itu mestilah seorang yang berilmu
2)seseorang pemimpin itu perlulah berani
3)seorang pemimpin itu perlu kaya (cukup sumber dan stabil).
Menurut beliau lagi, ketiga-tiga ciri adalah amat penting lebih-lebih lagi pemimpin Islam masa kini. Dalam politik Islam, terdapat dua ciri utama yang digariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W bagi menentukan baiknya seorang pemimpin itu atau tidak.
2 ciri tersebut adalah :
1) Al-Qawwi (Seorangyang kuat/berkemampuan untuk melakukan tugas yang diberikan)
2) Al-Amin (Seorang yang beramanah).
Kedua-dua ciri ini juga bertepatan dengan kisah antara Nabi Muhammad S.A.W dengan sahabat baginda, iaitu Abu Zar.
Abu Dzar suatu ketika telah meminta jawatan daripada Nabi Muhammad S.A.W. "Wahai Rasulullah, tidakkah anda menjadikanku sebagai seorang pegawai?", kata Abu Dzar kepada Baginda.
Lalu Baginda menepuk bahu Abu Dzar, Rasulullah bersabda : "Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan) padahal jawatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar.." (Riwayat Imam Muslim).
Justeru itu, dapatlah dikatakan bahawa amat penting bagi sesebuah kepimpinan itu mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik.
Home
»
»Unlabelled
» Siapakah P.E.M.I.M.P.I.N?
Sabtu, 26 Mac 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan