Dalam kesempatan yang ada ini, saya
ingin berkongsi ilmu, serba sedikit yang insyaallah membantu anda mengurus
kewangan anda dengan baik.
Panduan ini khusus untuk graduan
muda, yang baru memasuki fasa 7 tahun
pertama. Jadi, selama 7 tahun pertama ini, jadikan 9
langkah mudah ini sebagai panduan hidup.
1. Buka akaun Tabung Haji secepat
mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran
haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.
2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat
simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.
3. Cari pasangan yang sudi naik
kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah
kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut
minda kekayaan.
4. Jangan beli kereta baru yang
mahal-mahal. Graduan yang bijak
tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun.
5. Dah bergatal bercinta, terus lah
fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja
sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung,
jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.
6. Beli aset sikit-sikit. secara
kecil-kecilan. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.
7. Buat bajet siap-siap untuk:
- Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
- Bersedekah setiap bulan.
- Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan
memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan
kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada
Pejabat Tanah.
8. Sediakan bajet yuran pembelajaran
pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang
tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.
9. Pekakkan telinga dengan
kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh
malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita
tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?
Sumber: Pakdi.net
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
GET Human Development &
Financial Trainer
0 comments:
Catat Ulasan