Pages

Selasa, 17 Mei 2016

KEM SMART AULAD (Kem Cuti Sekolah)

Istimewa kepada semua rakyat Negeri Kedah.....
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.....
Kem Cuti Sekolah Kembali Lagi....

PASTIKAN anak-anak anda tidak terlepas mengikuti program menarik ini....
Hubungi talian dibawah SEGERA....tempat adalah TERHAD....!!!

SELAMAT HARI GURU....

Selamat Hari Guru Diucapkan kepada semua rakan-rakan guru yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan didalam hidup ini.

Satu pekerjaan yang hari ini dipandang sepi oleh sesetengah pihak, yang hanya di raikan ketika menyambut hari guru.

Apa-apa pun marilah kita sama-sama menjaga adab kita dengan semua guru-guru yang pernah hadir didalam hidup kita, sekalipun dia mengajar kita mengenali satu huruf sahaja, dia ialah Guru kita....

Selasa, 19 April 2016

Takbur, Hasad & Riak


Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang.

Pertama: takbur atau sombong.
Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Kedua: hasad atau iri hati (dengki). 
Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah. Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dengki itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ketiga: riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. 
Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.
Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.
Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)

Ahad, 17 April 2016

ENERGIZING FOLLOWERSHIP

KEPIMPINAN AL FATEH
“ Inspire Followership ”

Objektif Program
Apabila Tamat program, anda mampu dan boleh:
·         Menunjukkan peserta kaedah membina hubungan yang baik di semua peringkat.
·         Melatih peserta kemahiran memahami bahasa badan yang diperlukan untuk berhadapan dengan peringkat bawah.
·         Membentuk peserta dengan nilai-nilai kepimpinan berpengaruh yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.
·         Membantu peserta membina kemahiran komunikasi dan membuat keputusan yang effektif.
·         Melatih peserta membentuk jati diri kepimpinan berpengaruh dengan nilai Islam.

·         Mempasakkan pembelajaran positif kedalam hati dan diri peserta untuk diamalkan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.

Sabtu, 2 April 2016

cinta selepas Allah...

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali ‘Imran: 31).
Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat ini berkata, “Ayat yang mulia ini merupakan hakim (pemutus perkara) bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah, akan tetapi dia tidak mengikuti jalan (sunnah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka dia adalah orang yang berdusta dalam pengakuan tersebut dalam masalah ini, sampai dia mau mengikuti syariat dan agama (yang dibawa oleh) Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam semua ucapan, perbuatan dan keadaannya.” Tafsir Ibnu Katsir (1/477).

Rabu, 30 Mac 2016

c.i.n.t.a Allah


Dalam perspektif seorang muslim, cinta pada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya, di atas segalanya. Karena itu, ketika Umar bin al-Khatthab radiallahu’anhu menyatakan bahawa cintanya kepada Rasul setara dengan cintanya pada dirinya sendiri, lalu ditegur. Cinta pada Rasul harus berada diatas cinta pada semua manusia. Cinta pada Allah mutlak di atas cinta pada segala mahluk-Nya.
Cinta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah bahagian dari kecintaan kepada Allah Ta’ala. Mencintai agama yang Allah Ta’ala turunkan merupakan bahagian dari kecintaan kepada Allah Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah, ‘Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian.’ Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali Imran: 31)

Isnin, 28 Mac 2016

GETAR

“ Memanah Dengan Naluri”

GETAR merupakan program yang dirangka bagi membimbing peserta menghayati sukan panah tradisional.

Pembelajaran kelas memanah ini mengabungkan 4 unsur utama didalam sistem badan iaitu rohani, jasmani, mental dan naluri hati.

Di dalam pembelajaran kelas para peserta akan dibimbing melalui 3 peringkat kelas.
1) (pertama) - asas memanah
2) (pertengahan) - seni memanah tradisional
3) (Advance) - memanah sambil berkuda

Lock Luck Study

“ Kuasa Pembangunan Diri Seorang Pelajar ”

Lock Luck Study merupakan program yang membimbing peserta untuk menjadi seorang pelajar yang bermatlamat dan berfokus ketika berada didalam kelas dan menghadapi peperiksaan.
Dalam mencapai matlamat diri dan berfokus, peserta akan belajar untuk memahami 4 faktor utama yang mempengaruhi diri seorang pelajar iaitu faktor mental, emosi, jasmani dan faktor teknikal.

ENERGIZING FOLLOWERSHIP- KEPIMPINAN AL FATEH

“ Inspire Followership ”

Kepimpinan Al-Fateh merupakan satu program yang dirangka bagi membimbing peserta untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani di peringkat sekolah, universiti dan masyarakat.
Dalam mencapai matlamat organisasi kepimpinan segala ilmu kepimpinan perlu diterapkan didalam diri peserta.
Peserta akan dibimbing kaedah pembentukan MATLAMAT ORGANISASI YANG JELAS.
Peserta juga akan di bimbing menghayati kepimpinan Sultan Muhammad AlFateh dalam mengurus kepimpinan diri dan tangung jawab.

"Energizing TAQWA"


Energizing TAQWA merupakan program yang membimbing peserta untuk menjadi seorang INSAN.
Peserta akan dibimbing dengan memahami peranan sebenar manusia dijadikan oleh ALLAH swt.
Bagi mencapai matlamat kejadian seoran INSAN, peserta akan belajar untuk memahami 4 faktor utama yang mempengaruhi diri seorang INSAN iaitu Hati, Pemikiran, Nafsu dan Doa.
Peserta akan dibimbing mengikut acuan ISLAM dengan memehami beberapa tokoh sejarah ISLAM yang hebat.

"Energizing SQUADRA"

Energizing SQUADRA merupakan program yang membimbing peserta untuk menjadi seorang yang bertangungjawab dan memahami peranannya didalam organisasi dan kumpulan.
Peserta akan dibimbing untuk memahami konsep “Bersedia Dipimpin Untuk Memimpin” akan menjadikan peserta seorang yang berjiwa besar dan mudah membuka pintu toleransi dengan semua pihak.
Peserta akan belajar untuk memahami 4 faktor utama yang mempengaruhi kejayaan sesebuah organisasi dan kumpulan ditempat kerja iaitu faktor mental, emosi, jasmani dan teknikal.

Sabtu, 26 Mac 2016

Siapakah P.E.M.I.M.P.I.N?

Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dalam satu ceramah agama beliau di Surau al – Muhsinin KLCC Petronas, beliau menyatakan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai tiga ciri utama dalam kepimpinan yang dibawa.  

Ciri-ciri tersebut adalah:
1) seorang pemimpin itu mestilah seorang yang berilmu
2)seseorang pemimpin itu perlulah berani
3)seorang pemimpin itu perlu kaya (cukup sumber dan stabil).

Menurut beliau lagi, ketiga-tiga ciri adalah amat penting lebih-lebih lagi pemimpin Islam masa kini. Dalam politik Islam, terdapat dua ciri utama yang digariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W bagi menentukan baiknya seorang pemimpin itu atau tidak. 

2 ciri tersebut adalah : 
1) Al-Qawwi (Seorangyang kuat/berkemampuan untuk melakukan tugas yang diberikan)
2) Al-Amin (Seorang yang beramanah).

Kedua-dua ciri ini juga bertepatan dengan kisah antara Nabi Muhammad S.A.W dengan sahabat baginda, iaitu Abu Zar.

Abu Dzar suatu ketika telah meminta jawatan daripada Nabi Muhammad S.A.W. "Wahai Rasulullah, tidakkah anda menjadikanku sebagai seorang pegawai?", kata Abu Dzar kepada Baginda.

Lalu Baginda menepuk bahu Abu Dzar, Rasulullah bersabda : "Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan) padahal jawatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar.." (Riwayat Imam Muslim).

Justeru itu, dapatlah dikatakan bahawa amat penting bagi sesebuah kepimpinan itu mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik.

Ahad, 20 Mac 2016

Allah mengangkat darjat orang yang berilmu...

Menuntutlah ilmu hingga ke liang lahad...
Gain our knowledge!
Seek more experiences!
We go as number 1!
We are excellent person!!!


Rabu, 16 Mac 2016

PILIHAN...

SELAMAT BERCUTI kepada semua warga guru dan pelajar...
Waktu terus berjalan, belajarlah dari masa lalu, bersiaplah untuk masa depan, berikan yang terbaik untuk hari ini.
Tentukan pilihan yang terbaik dalam hidupmu. pastinya jalan Islam yang haq meruntuhkan yang batil..
Pintalah pada Allah sentiasa menentukan keputusan yang diambil hasil daripada pemilihan yang betul dan tepat...

Isnin, 7 Mac 2016

For all STUDENTS & TEACHERS...

Sekalung ucapan tahniah kepada semua adik-adik yang telah berjaya mengharungi, menghadapi dan mendepani segala duri dan ranjaunya sepanjang peperiksaan UPSR, PT3, SMRA@SMRAM, SPM, STA@STAM@STPM yang lepas...

ANDA adalah ANDA yang terpilih...redha dan teruskan melangkah di atas keputusannya...

Di sini, pihak kami telah sediakan modul-modul yang bersesuaian dalam merealisasikan impian dan harapan...

Antara modul kami ialah
1)      Modul Kepimpinan Mencari Alfateh
2)      Modul Team Bulding ‘Energizing Squadra’
3)      Modul Teknik Belajar 'Lock Luck Study'
4)      Modul Nuqaba ‘Quranic Group’
5)      Dan lain-lain 





Jom melawat kami di blog 

 @ 

dan juga page FACEBOOK kami di

 @

Ahad, 6 Mac 2016

"Membina Generasi Alquran"


Jom sertai kelas Tahfiz Al-quran, program hujung minggu akan bermula Februari ini.
Tempat: Pasti Smart Aulad, No 20 Taman Aisyah, Jalan Langgar (berhadapan Hospital Sultanah Bahiyah) 
Masa: 7.00am-12.00pm
Guru: Ustazah Fairuz Bt Osman (berpengalaman bekas pensyarah Darul Quran)
Sasaran: pelajar berumur 7-15thn
Kelebihan kelas:
1) hujung minggu anak anda akan terisi
2) berpeluang menghafal alquran secara bersistem
3) semua boleh menghafal walaupun bersekolah dengan sistem kebangsaan
Daftar segera sebelum terlambat...
Ustaz Amin: 013-5057773
Ustaz Amirul: 013-4044801
Pejabat: 04-7313082@ 010-7765441
Mohon sebarkan....

Selasa, 1 Mac 2016

Memanah Sunnah

Jom main sukan memanah, di Karnival Sejahtera Pokok Sena. Bawa kawan, anak & saudara mara bersama....

Khas untuk Karnival sejahtera pokok sena
GET Archery Club

MEMANAH SUNNAH

RM10 = 13anak panah
RM5 = 5 anak panah

Pendaftaran kelab memanah juga dibuka.
HARGA PROMOSI SEPANJANG KARNIVAL
Yuran Pendaftaran: RM60/tahun
Yuran bulanan : RM30

Pertandingan memanah juga akan diadakan:-
Hadiah utama: set memanah (bow dan anak panah)
*terma dan syarat

Whatsapp/sms/call

0107765441 (Ust Asyraf)
0134044801 (Amirul)
047313082 (pejabat)

Isnin, 29 Februari 2016

JOM MEMANAH...

G.E.T.A.R
GET Archeri Club
Impian:sedang belajar utk memahami sukan yang hampir dgn sunnah ini. Dlm rangka untuk menubuhkan kelab memanah pokok sena.
Memanah dengan naluri.

Sabtu, 20 Februari 2016

DAKWAH ITU JIWA...

Berdakwah itu puitis
yang mencari aksara-aksara indah
dinukilkan kepada penjamu mata
juga seni lukisan
yang dilakar unik oleh artis
demi menjelmakan makna abstraknya
tidak lain tidak bukan sebagai bahan santapan
chefnya berentap di medan masakan
mencampuradukkan bahan-bahan yang serasi
untuk disantap oleh para perasa
justeru itu, 
tinggal kita untuk memilah bagaimana kaedahnya dalam berdakwah
pelbagai pilihan di hiasan mata
untuk menterjemahkan bicara melalui atma
mahupun bahasa tubuh badannya
jua lisannya yang tersurat...


Seperti untaian mutira hikmah...
You can take the horse to the river, but you cannot make it drink.
maksudnya, kita boleh berdakawah tetapi tidak boleh memaksanya untuk melakukan sesuatu kebaikan itu.

Jangan berhenti BERDAKWAH!!!

Rabu, 17 Februari 2016

3 PAKSI UTAMA

  1. Aqidah secara etimologi;  Aqidah berasal dari kata ‘aqd yang berarti pengikatan.  Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Aqidah scara syara’ iaitu beriman kepada Allah, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya dan kepada hari akhir serta kepada qadar yang baik mahupun yang buruk. Hal ini disebut juga sebagai rukun iman.
  2. Ibadah secara bahasa (etimologi) bererti merendahkan diri serta tunduk. Sedangkan menurut syara’ (terminology) Ibadah adalah sebutan yang mencakupi seluruh apa yang dicintai dan diridhai Allah Azza wa Jalla, baik berupa ucapan atau perbuatan, yang zahir mahupun yang batin.
  3. Pengertian Akhlak Secara Etimologi, Menurut pendekatan etimologi, perkataan “akhlak” berasal dari bahasa Arab jama’ dari bentuk mufradnya “Khuluqun” yang menurut bahasa diertikan: budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat.
  4.  Aqidah adalah pondasi keber-Islaman yang tak terpisahkan dari ajaran Islam yang lain: akhlaq dan ibadah. Aqidah yang kuat akan menjadikan ibadah yang benar dan akhlaq yang terpuji. Selain sebagai pondasi, hubungan antara aqidah dengan pokok-pokok ajaran Islam yang lain bisa juga bersifat resiprokal dan simbiosis. Artinya, ketaatan menuanaikan ibadah dan berakhlaq yang baik akan memelihara aqidah.
  5.  Apabila aqidah telah dimiliki dan ibadah telah dijalankan oleh manusia, maka kedua hal tersebut harus dijalankan dengan sebaik-baiknya, oleh karena itu diperlukan adanya suatu peraturan yang mengatur itu semua. Aturan itu disebut Muamalah. Muamalah adalah segala aturan islam yang mengatur hubungan antara sesama manusia. Muamalah dikatakan berjalan baik apabila telah memiliki dampak sosial yang baik. Untuk dapat mewujudkan aqidah yang kuat iaitu dengan cara ibadah yang benar dan juga muamalah yang baik, maka diperlukan suatu adanya.

Isnin, 15 Februari 2016

Program EnJOY (Energizer Journey)
Program Kali ke2 bersama Sek Men Tajar. Membina motivasi diri dan Imuniti dalam diri untuk persediaan kehidupan remaja yang penuh cabaran.

Antara kandungan Modul yang terkandung didalam Enjoy:-

1)Modul Siapa Aku.
2)Modul Menara Harapan.
3)Modul H.A.T.I.
4)Modul D.U.I.T.





شب اليوم رجال الغد

"Pemuda hari ini pemimpin masa akan datang."

 Program Energizer Leadership (e-lead) sedang berlangsung...
Jangan ketinggalan untuk update bersama kami!!!

Tempat: Kem D' Fityan
Tarikh: 13-14 Februari 2016
Pelajar: 44 orang
Sekolah: MATIN


Rabu, 10 Februari 2016

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

Nantikan kami dalam Modul kepimpinan "Mencari AlFateh"... 

Berminat??? 

Sila hubungi kami di talian *Pejabat: 04-7313082 @ 010-7765441 *Tuan Amirul: 013-404 4801 *Emel:glokalenergizer@gmail.com