Pages

Selasa, 18 November 2014

Mahasiswa Islam 24 Jam


[ Sharing Ilmu ]
semalam, bersama sahabat-sahabat UiTM Merbok dalam program santai mereka. berkongsi tajuk Mahasiswa Islam 24 Jam.. antara intipati penting adalah;
1) Qualiti ibadah perlu dijaga
2) Kita perlu paksa diri pada fasa permulaan mentarbiyah diri dengan ibadah
3) Istiqomah, istiqomah dan istiqomahlah

p/s: tergelak jugak, sebab saya banyak merapu..adehh

Masuk Akhbar Sinar

[ Masuk Akhbar Sinar ]
Alhamdulillah.. program KAS & KBI kami masuk paper Sinar Harian.. kami akan buat yang terbaik..insyaallah.. mohon doanya sahabat-sahabat..Berseri Muka abang Wan Asyraf ..haha..

p/s: sah kena bersenam lepas ni..
jom sertai kami..


BANGKIT

[ Bangkit ]
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d ayat 11)
Sahabat-sahabat. Mulakan langkah hari ini menuju cita-cita kita. ya, memang sukar, memang penat, ia tidak dinafikan. Tapi, kita sentiasa ada pilihan, kenapa perlu berhenti dari bercita-cita..?
salam ukhuwah

[Kunci Kebahagiaan]

Bersyukur, bersyukur dan terus bersyukur.. itulah kunci kebahagiaan hidup.. salam ukhuwah
moga hari ni menjadi lebih baik dari hari semalam..oyeah!


You Need To Have Courage



Never be afraid to go for your dream.Two things may happen,you either achieve your dream or you get experience. You need to have courage.


Ahad, 9 November 2014

KEM ANAK SOLEH 2014 KINI KEMBALI!!

Kem Anak Soleh 2014 kini kembali dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah ini. Daftar segera di kawasan-kawasan pilihan anda. Moga usaha yang kecil ini dapat melahirkan generasi-genarasi yang hebat, "anak soleh permata ibu dan ayah"






GLOKAL ENERGIZER 


PECUTAN AKHIR SEK MEN AGAMA AL KHAIRIAH

~Seminar Pecutan Akhir~

Bersama pelajar hebat tingkatan 5 Sek Taklimiah Al-Khairiah Tok Keling.. moga anda semua berjaya dunia dan akhirat!



GLOKAL ENERGIZER 

BERENERGIZING BERSAMA MAHAAD TAHFIZ AL HIKMAH PERLIS

26 September 2014- Kuala Nerang.

Alhamdulillah, selesai berprogram bersama adik-adik Mahaad Tahfiz Al Hikmah, Perlis... sempoi, sporting dan lucu adik-adik kita ni.. masyaallah..semua hebat-hebat belaka...jika ada rezeki lagi..kita akan berjumpa lagi..insyaallah.. khoir! Allahuakhbar!!

Salam Ukhuwah









GLOKAL ENERGIZER 

Aiming Your Goal!


“You can’t hit a target if you don’t know what it is.” 
― Anthony Robbins 

Kata guru saya, dalam hidup ini target goal kita kena jelas sejelas mungkin. Nak berjaya dunia dan akhirat, wajib ada goal, ataupun matlamat. Analogi mudah seperti sukan memanah, lagi jelas kita nampak target kita, lebih mudah untuk kita aim dan lagi besarlah potensi sasaran anak patah kita tepat pada target kita.. jadi, apa target goal anda untuk bulan ini? apa goal kita pada tahun depan? kena start buat dah! 



Penulis: Kaizan Nazlan
Profesional Learning Trainer

Sabtu, 6 September 2014

9 Tips Kewangan Mudah Untuk Graduan Muda Seperti Anda

Dalam kesempatan yang ada ini, saya ingin berkongsi ilmu, serba sedikit yang insyaallah membantu anda mengurus kewangan anda dengan baik. 

Panduan ini khusus untuk graduan muda, yang baru memasuki fasa 7 tahun pertama. Jadi, selama 7 tahun pertama ini,  jadikan 9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup. 


1. Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.

3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.

4. Jangan beli kereta baru yang mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun.

5. Dah bergatal bercinta, terus lah fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.

6. Beli aset sikit-sikit. secara kecil-kecilan. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.

7. Buat bajet siap-siap untuk:
  • Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.

Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.

8. Sediakan bajet yuran pembelajaran pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.

9. Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?

Sumber: Pakdi.net

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

GET Human Development & Financial Trainer

Ahad, 24 Ogos 2014

Kenangan Kita KPE Maktab Mahmud Siri 2



Alhamdulillah, berakhir sudah Kem Pelajar Elite Maktab Mahmud Siri 2. Seronok bersama puteri-puteri ini, banyak karenahnya, riuh dan sporting. Jutaan terima kasih kepada pihak Maktab Mahmud kerana memberi kepercayaan kepada syarikat kami untuk membantu menambah nilai kepada adik-adik maktab mahmud yang hebat ini. Maaf jika ada salah tindakan atau bahasa, kosong-kosong. Kami sentiasa mendoakan adik-adik semua berjaya di dunia dan akhirat.
 
Thorbaek!
Saksikanlah hadiah dari kami, khas buat peserta KPE Maktab Mahmud Pokok Sena Siri 2

Sabtu, 16 Ogos 2014

KENANGAN KITA BERSAMA - KEM PELAJAR ELITE


Alhamdulillah, berakhir sudah Kem Pelajar Elite Maktab Mahmud Siri 1. Seronok bersama mereka ini, banyak karenahnya, cool dan sporting. Jutaan terima kasih kepada pihak Maktab Mahmud kerana memberi kepercayaan kepada syarikat kami untuk membantu menambah nilai kepada adik-adik maktab mahmud yang hebat ini. Maaf jika ada salah tindakan atau bahasa, kosong-kosong. Kami sentiasa mendoakan adik-adik semua berjaya di dunia dan akhirat.

Saksikanlah hadiah dari kami, khas buat peserta KPE Maktab Mahmud Pokok Sena Siri 1



Moga ia bukanlah perjumpaan kita kali terakhir, dan moga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurga.

Salam Ukhuwah
Amirul Asyraf & Kaizan Nazlan

Jumaat, 1 Ogos 2014

Glokal Energizer Training & Consultancy (GET) VIDEO PROGRAM



Kami Glokal Energizer Training & Consultancy (GET). Kepakaran kami adalah dalam membantu menjadikan kehidupan setiap insan lebih bermakna dengan membantu mempertingkatkan kepimpinan dan motivasi modal insan. Saksikan video ringkas program-program yang telah kami jalankan sepanjang 5 bulan penubuhan GET. Selamat menonton

4 ELEMEN DALAM PEMBENTUKAN MATLAMAT


Pembentukan matlamat yang hebat dan berkekalan memerlukan 4 elemen seperti gambar diatas, iaitu Mind, Spirit, Heart dan Body, kerana ke empat-empat elemen ini saling berhubung antara satu sama lain. Kesatuan 4 elemen ini akan menghasilkan matlamat yang hebat dan berterusan, yang mampu memberi impak dalam kehidupan seharian kita. Design matlamat anda sendiri, pasti pembentukan matlamat anda pada hari ini akan memberi kesan yang hebat dalam kehidupan anda.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

KARISMATIK & LEADERSHIP


Karismatik dan leadership perlu dibina bermula dari kecil. Anak anda diajar jadi Imam ketika solat sejak muda? Anda boleh jadi Imam Solat dengan baik? Itu semua proses pembinaan Karisma dan leadership. Apa yang kita lakukan ketika solat akan mempengaruhi sikap kita di luar solat.

Quote dari Dr Azizan Osman

Isnin, 16 Jun 2014

Coach Bertauliah SOIF

Mendapat Certificate Bertauliah Daripada SOIF.. Tahniah buat Tuan Amirul Asyraf, Founder GET






Program: MOTIVASI BELAJAR, MAHAAD TAHFIZ IBNU SINA, PENANG

Program motivasi belajar bersama pelajar-pelajar Mahaad Tahfiz Ibnu Sina, Bukit Mertajam, Penang...

Hebat bakal-bakal hafizah ni...moga berjaya dunia akhirat
.






Program: Journey Towards The Future, SMA FAUZI, YAN KEDAH

Program motivasi belajar, journey towards the future bersama pelajar-pelajar SMA Fauzi, Yan Kedah...