Pages

Ahad, 24 Ogos 2014

Kenangan Kita KPE Maktab Mahmud Siri 2



Alhamdulillah, berakhir sudah Kem Pelajar Elite Maktab Mahmud Siri 2. Seronok bersama puteri-puteri ini, banyak karenahnya, riuh dan sporting. Jutaan terima kasih kepada pihak Maktab Mahmud kerana memberi kepercayaan kepada syarikat kami untuk membantu menambah nilai kepada adik-adik maktab mahmud yang hebat ini. Maaf jika ada salah tindakan atau bahasa, kosong-kosong. Kami sentiasa mendoakan adik-adik semua berjaya di dunia dan akhirat.
 
Thorbaek!
Saksikanlah hadiah dari kami, khas buat peserta KPE Maktab Mahmud Pokok Sena Siri 2

Sabtu, 16 Ogos 2014

KENANGAN KITA BERSAMA - KEM PELAJAR ELITE


Alhamdulillah, berakhir sudah Kem Pelajar Elite Maktab Mahmud Siri 1. Seronok bersama mereka ini, banyak karenahnya, cool dan sporting. Jutaan terima kasih kepada pihak Maktab Mahmud kerana memberi kepercayaan kepada syarikat kami untuk membantu menambah nilai kepada adik-adik maktab mahmud yang hebat ini. Maaf jika ada salah tindakan atau bahasa, kosong-kosong. Kami sentiasa mendoakan adik-adik semua berjaya di dunia dan akhirat.

Saksikanlah hadiah dari kami, khas buat peserta KPE Maktab Mahmud Pokok Sena Siri 1



Moga ia bukanlah perjumpaan kita kali terakhir, dan moga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurga.

Salam Ukhuwah
Amirul Asyraf & Kaizan Nazlan

Jumaat, 1 Ogos 2014

Glokal Energizer Training & Consultancy (GET) VIDEO PROGRAM



Kami Glokal Energizer Training & Consultancy (GET). Kepakaran kami adalah dalam membantu menjadikan kehidupan setiap insan lebih bermakna dengan membantu mempertingkatkan kepimpinan dan motivasi modal insan. Saksikan video ringkas program-program yang telah kami jalankan sepanjang 5 bulan penubuhan GET. Selamat menonton

4 ELEMEN DALAM PEMBENTUKAN MATLAMAT


Pembentukan matlamat yang hebat dan berkekalan memerlukan 4 elemen seperti gambar diatas, iaitu Mind, Spirit, Heart dan Body, kerana ke empat-empat elemen ini saling berhubung antara satu sama lain. Kesatuan 4 elemen ini akan menghasilkan matlamat yang hebat dan berterusan, yang mampu memberi impak dalam kehidupan seharian kita. Design matlamat anda sendiri, pasti pembentukan matlamat anda pada hari ini akan memberi kesan yang hebat dalam kehidupan anda.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

KARISMATIK & LEADERSHIP


Karismatik dan leadership perlu dibina bermula dari kecil. Anak anda diajar jadi Imam ketika solat sejak muda? Anda boleh jadi Imam Solat dengan baik? Itu semua proses pembinaan Karisma dan leadership. Apa yang kita lakukan ketika solat akan mempengaruhi sikap kita di luar solat.

Quote dari Dr Azizan Osman