Pages

Rabu, 26 Mac 2014

5 Tips Mudah Mulakan Cinta Dari Rumah Anda


Tips ini hanya kepada mereka yang inginkan kebahagiaan didunia dan diakhirat:

Trainer GET

1. NIAT & DOA:Anda akan bertindak mengikut apa yang anda niatkan. Pasang niat untuk menjadikan rumah anda sebagai tempat menyemai kasih dan berdoalah supaya niat anda di berkati.

2. SENYUM:Dengan bersenyum kita sudah mampu membahagiakan orang-orang disekeliling kita. Anak-anak pasti akan senang bersama kita. Kasih suami akan semakin bertambah bila melihat isteri tersayang menjalankan kerja rumah dengan senyuman, Dengan Kuasa Senyuman Isteri, Masakan yang tawar pun akan menjadi Manis dan Sedap. Kasih Isteri akan bertambah melihat suami balik kerja dengan senyuman, INGAT tinggalakan beban kerja pejabat anda di luar pintu pagar rumah.

3. UCAP TERIMA KASIH:Didik anak-anak untuk ucap terimakasih selepas menerima bantuan. Sudah pasti pengajaran yang paling berkesan ialah melalui teladan. Oleh itu ibu dan ayah perlu sentiasa mengucapkan terimakasih kepada anak-anak selepas mereka menolong anda.


4. BERJAMAAH: Berjamaah disini bererti lebih dari seorang,Solat Beramai-ramai, Baca Al-Quran beramai-ramai,Makan beramai-ramai,Pergi Shopping beramai-ramai,Pergi Padang Bola beramai-ramai.

5. BERSANGKA BAIK:Duduk serumah pasti bisul dan kudis kita tahu di mana. Oleh itu jangan kerana sedikit kudis di kaki kita tolak kecantikan wajahnya. Bersangka baik dan hargai kekuatan ahli keluarga yang lain. Bantu ahli keluarga yang lemah. Ibu Bapa perlu pastikan anak-anak mendapat sentuhan Iman & Islam didalam keluarga. Pastikan anak-anak mampu membaca Al-Quran dengan baik dan tartil. INGAT, CINTA Bermula apabila mereka Mula BERCINTA dengan ALLAH & RASUL.

~Mana Milik Kita, Tidak Ada Milik Kita~

Isnin, 24 Mac 2014

KEM ANAK SOLEH 2014: KUALA NERANG, KEDAH

Alahmdulillah, program KEM ANAK SOLEH 2014: KUALA NERANG, KEDAH pada 20 hingga 22 Mac, telah selesai dijalankan.. Moga program ini dapat memberi sedikt sebanyak impak dalam hidup adik-adik, dalam menjadi insan yang bertaqwa. Insyaallah






SELESAINYA TAMRIN STS

Jom Singgah Facebook Page kami " Glokal Energizer "


Alhamdulillah Team GET telah tamatkan Kursus NLP & Penulisan Proposal Anjuran TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan Muslim), di Ampang. 


Sekadar untuk perkongsian dari program ini, hari pertama kami berguru dengan Tuan Fadzli Yusof dalam mempelajari serba sedikit berkenaan ilmu Neutro Languange Programming (NLP) dalam mengenal pasti masalah dan cara menyelesaikan masalah pemikiran dan perbuatan manusia..

Di sebelah petang pula, kami berguru dengan Dato Dr Fadzilah Kamsah berkenaan falsafah dan modus operandi Inspirator. Anatara topik yang Haji tekankan ialah berkenaan HATI.. kena sucikan hati dengan niat yang murni, baik, kena sentiasa bersyukur, dan kena sentiasa memberi, supaya kita sentiasa dekat dengan Allah S.W.T

Hari kedua TAMRIN STS merupakan hari yang bermakna, kerana pengisiannya sangat mantap. Alhamdulillah, berkesempatan berguru dengan Tuan Zulkifli, pengasas Linghthouse consulting berkenaan "marketing" consultation program.

Kemudian, kami berguru dengan Tuan Fauzul Naim, pengarah penerbitan PTS, dalam ilmu berkenaan membuat proposal training untuk syarikat2 kerajaan..

Dan akhir sekali, kami berguru dengan Puan Mary Anni, pengarah Training Cube International, dalam ilmu berkenaan membuat proposal training untuk syarikat-syarikat swasta..

Jutaan terima kasih dari pihak GET kepada penganjur dan barisan Exco TAMRIN atas perkongsian ilmu yang begitu mantap. moga ia satu permulaan yang baik, insyaallah..

Khamis, 20 Mac 2014

Berapa Banyak A+ Anda Dapat?


Alhamdulillah, keputusan peperiksaan SPM 2013 sudah keluar semalam. Ramai yang mendapat keputusan yang bagus. Anda memang hebat. Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, tak perlulah bersedih. Perjalanan hidup ini masih panjang. Perjuangan hidup mesti diteruskan. Anda masih mempunyai banyak peluang lagi. SPM bukan penentu kejayaan seseorang dalam hidup ini. 

Pesan guru saya Dr Azizan Osman, bagus kita berusaha mendapat "A" dalam setiap peperiksaan kita, tetapi kita juga mesti berusaha "mendapat" A++ dalam solat kita dan solat berjemaah kita, A++ dalam khidmat & hormat kepada ibu bapa kita, suami atau orang yang lebih tua dari kita, kita mesti mendapat A++ di dalam akhlak kita dengan orang lain, kita mesti mendapat A++ dalam mengaji dan bacaan Al-Quran kita, mesti mendapat A++ di dalam sedekah kita dan selawat kita. Kita mesti mendapat A++ di dalam tahajud & dhuha kita.

Pendek kata, kita mesti strive for A++ di dalam setiap aspek kejayaan di dunia dan untuk akhirat kita serta A+++ untuk husnul khotimah bila kita meninggal dunia. Ini untuk ingatan diri sendiri yang selalu dapat "E" dalam banyak perkara. 

Ameen.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
(GET Trainer)

TAMRIN GRAND STS


Insyaallah Team GET akan turut serta dalam event TAMRIN GRAND STS, di Ampang, Kuala Lumpur..Untuk berguru dengan orang-orang hebat dalam industri perundingan dan latihan motivasi.. 

Doakan kami..

Salam Ukhuwah

3 Magnet Aura Positif

Kaizan Nazlan (Trainer Get)
Assalammualaikum, 

Moga pada hari ini kita sihat, hebat dan sentiasa berfikiran positif. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi ilmu berkenaan "The Power of Giving" atau dalam bahasa melayunya ialah "Kuasa Memberi".. 

The Power of Giving - Inilah prinsip yang diguna pakai oleh orang-orang yang berjaya.. "the more you give, the more you get". faham kan? tapi persoalannya apa perkara yang perlu diberi setiap pagi

Baik, ada tiga perkara yang kita boleh beri untuk menarik aura positif datang dalam hidup kita pada setiap pagi..

1) SENYUM - perkara pertama yang perlu kita beri ialah "Senyuman". Bangunlah setiap bagi, dan senyum pada diri anda dulu di cermin..kemudian barulah fikir untuk beri senyuman pada orang lain..

2) FACEBOOK - Selain itu, anda boleh beri aura positif di Facebook. Contohnya dengan menulis perkara-perkara positif di status anda. Bayangkan berapa orang boleh terbaca dan boleh ubah hidup mereka dengan apa yang anda tulis?..

3) SEDEKAH - Selain dari itu juga, bersedekahlah walaupun ianya hanyalah RM1 setiap hari. Biar kecil asalkan istiqomah dan ikhlas. "The more you give..the more you get.."

Jadi, mulalah memberi manfaat pada orang lain. Berilah sesuatu pada pagi ini, tanpa memikirkan apa orang nak beri pada kita.. moga anda berjaya dunia akhirat..

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Kem Kepimpinan SMA ISLAH Pendang

Alhamdulillah telah selesai berpogram Kem Kepimpinan Pelajar SMA Islah Pendang 3Hari 2 Malam. Program bertemakan Pemimpin yang mampu merancang,berucap & Menjalankan Majlis Rasmi.
Feedback dari sekolah "Saya terkejut apabila yang tak pernah berucap sebelum ini boleh berucap dan yang tak pernah jadi MC boleh menjadi MC dengan baik" Ustaz Ibrahim bin Hj Soffian,Pengetua SMA Islah Pendang.

Pemimpin.....Awesome....!!!

~Mana Milik Kita, Tidak Ada Milik Kita~
~Semua Yang Ada,ALLAH Yang Punya~








Kem Anak Soleh 2014

Alhamdulillah, telah selesai program bersama adik-adik dalam program Kem Anak Soleh 2014, 13-15 feb 2014. Moga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan pada ummah.










Semuanya Adalah Doa



Sebenarnya, apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, itu semua adalah doa.. So, YOU are RESPONSIBLE for what you think, do and say.. 

Salam Ukhuwah